AMANAT KETUA JABATAN


AMANAT PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH PITAS

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia serta izin-Nya dapat kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Pitas (MDPts) bertanggungjawab dalam memberi tingkat kualiti perhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat khususnya di Daerah Pitas tercinta. Selaku Pegawai Eksekutif saya akan berusaha sedaya upaya saya memastikan tanggungjawab kami ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Penubuhan Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pitas ini merupakan platform bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi kami dalam menyampaikan perkhidmatan dengan lebih efisien selaras dengan peredaran masa dan kecanggihan digital masa kini. Secara dasarnya, laman web ini dibangunkan sebagai platform untuk berkongsi maklumat, info, aktiviti serta program yang dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Pitas.

Bagi menyahut cabaran Revolusi Industri dimana semua maklumat adalah di hujung jari dan teknik terkini yang digunakan dalam membangun laman ini, pelanggan MDPts kini boleh mengakses maklumat dimana sahaja anda berada.

Akhir kata, saya yang telah diamanahkan sebagai Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Pitas akan sentiasa berusaha memastikan perancangan MDPts akan berjalan dan dilaksanakan mengikut sesuai dengan apa yang direncanakan. Sokongan daripada para pelanggan amat saya hargai dan ribuan terima kasih diucapkan di atas kesudian anda melayari laman web rasmi ini.

Besar harapan saya agar laman ini dapat memberikan panduan yang berguna kepada semua pengunjung bagi memperoleh maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisien. Pihak kami akan memastikan portal ini mengandungi maklumat terkini dan relevan dimana akan dapat memenuhi keperluan dalam arus pemodenan ini. Pihak Majlis Daerah Pitas amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas daripada semua pengunjung agar penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan dari masa ke semasa.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pitas.

Sekian, terima kasih.

ABDUL HAFIZ BIN YAHYA
PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS DAERAH PITAS